Feed

Berita Harian: Agama

Berita Harian

Source URLhttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/RSS/rss?mysec=Agama
Last checked2 weeks 4 days ago
Time until next refresh0 sec left

Singapura giat promosi makanan halal pikat pelancong Malaysia

SEKALIPUN berjiran dengan Malaysia yang terkenal dengan hab halal dan mempunyai penduduk Muslim, isu mencari makanan halal sering menimbulkan masalah untuk pelancong Islam yang berkunjung ke Singapura.

Contohi Rasulullah sebagai insan terbilang

ERA globalisasi yang mewarnai pentas dunia kini kelihatan sedang menyaksikan betapa ramainya manusia semakin tersasar daripada landasan yang lurus. Natijahnya, ramai manusia tertipu dengan godaan dunia yang mempesona.

Cabaran umat Islam jadi masyarakat pengeluar

KEHIDUPAN kita hari ini yang dihidangkan dengan pelbagai makanan, minuman serta barang gunaan menuntut sifat berwaspada dan berhati-hati kerana masalah halal dan selamat. Justeru, umat Islam perlu mengambil berat faktor mencari produk halal dan bersih di pasaran.

Pemimpin gila kuasa tidak dapat pikul tanggungjawab

ABDUL Rahman Ibnu Samurah berkata, Nabi SAW berkata kepadaku: “Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan.

Adu domba, fitnah perosak masyarakat

BERBICARA mengenai bahaya lisan memang tidak ada hujungnya kerana lisan boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dijaga dengan baik. Kata pepatah, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.

Jaga pergerakan solat elak termasuk dalam golongan rugi

SEMBAHYANG adalah tiang agama dan perlu didirikan dengan sempurna, bukan sekadar seperti melepas batuk di tangga. Namun, masih ada yang menunaikan sembahyang sambil lewa dan tidak menjaga rukunnya dengan baik. Alangkah ruginya bagi mereka yang bersembahyang tetapi tidak mendapat ganjaran sepatutnya.

Tamak harta benda lalaikan umat Islam tunai haji

KEBERKATAN pahala dan fadilat dalam ibadat haji sangat besar jika dilakukan dengan niat yang suci murni serta penuh rasa ikhlas seperti firman Allah yang bermaksud: "Tuhan mewajibkan ke atas manusia yang mampu mengadakan wang perbelanjaan untuk pergi mengunjungi rumah suci (Baitullah) atau menunaikan haji." (Surah Ali-Imran, ayat 97)

Keruntuhan akhlak hancurkan peradaban bangsa

ISU atau masalah akhlak remaja amat membimbangkan dan menjadi cabaran getir masa kini untuk mewujudkan bangsa yang berpegang teguh kepada nilai etika, moral dan agama. Nilai itu mesti terus dipupuk di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan.

Telekom Malaysia bekal jemaah haji kad iTalk

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) melalui Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbangkan 27,000 beg silang, tikar, punjut kasut dan kad iTalk untuk kegunaan jemaah yang bakal menunaikan ibadat haji musim ini.

Seruan ke Baitullah wajar dilaksana tanpa bertangguh

MENURUT catatan sejarah, suatu ketika Rasulullah SAW ditanya oleh sahabatnya, "Ya Rasulullah, mana antara amal yang banyak itu yang lebih utama? Rasulullah menjawab: Iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kemudian ditanya lagi: Apa lagi, ya Rasulullah? Dijawab lagi: Berjihad di jalan Allah. Kemudian ditanya lagi: Apa lagi, ya Rasulullah? Dan Baginda SAW menjawab: Haji yang mabrur." - (Hadis riwayat Bukhari)