KUALA LUMPUR 28 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah 1430H di Masjid Negara di sini malam ini.
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang pada hari pemakaman Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Isnin ini.
KUALA PILAH 28 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeane Abdullah tiba di Istana Besar Seri Menanti di sini petang ini untuk memberikan penghormatan terakhir ke atas Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pemimpin agama supaya memberi penekanan terhadap aspek perpaduan dan toleransi kaum dalam ucapan yang mereka sampaikan pada majlis keagamaan.
SUBANG JAYA 25 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu para pemimpin agama menggunakan kesempatan pada perhimpunan keagamaan untuk menyampaikan mesej mengenai aspek keharmonian dan toleransi kaum.
KUALA LUMPUR 25 Dis. – Tiga calon Timbalan Presiden UMNO akur dengan amaran keras Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak dijadikan medan berkempen bagi merebut jawatan dalam parti.
TEHERAN 24 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa mana-mana ketua kerajaan sekalipun tidak boleh dihina seperti apa yang berlaku dalam insiden membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush di Baghdad, Iraq, baru-baru ini.
TEHERAN 24 Dis. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran keras kepada semua calon yang bertanding pada pemilihan parti Mac ini supaya tidak sesekali menjadikan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan sebagai medan untuk berkempen jawatan parti.
PUTRAJAYA 24 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tanggungjawab membina perpaduan di negara ini adalah tanggungjawab semua dan ia tidak sepatutnya disandarkan kepada kerajaan semata-mata.
PUTRAJAYA 24 Dis. - Kerajaan akan membelanjakan RM9 bilion termasuk peruntukan tambahan RM1.3 bilion pada tahun depan bagi melaksanakan beberapa dasar baru skim pencen kakitangan awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.
Recent comments
1 week 21 hours ago
1 week 1 day ago
1 week 1 day ago
2 weeks 1 day ago
2 weeks 1 day ago
2 weeks 1 day ago
25 weeks 4 days ago
25 weeks 4 days ago
25 weeks 4 days ago
38 weeks 2 days ago