KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang penubuhannya diluluskan baru-baru ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009, sekali gus menamatkan fungsi Badan Pencegah Rasuah (BPR) sejak 41 tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan terus menjalinkan kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi memastikan pusat pemeriksaan kenderaan itu bebas daripada rasuah.
KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan memfailkan pendakwaan ke mahkamah terhadap sekurang-kurangnya tiga ahli politik berhubung kesalahan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa dalam masa terdekat.
PETALING JAYA, 4 Disember Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya menyokong usaha memberi kekuatan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menjadi badan bebas.
KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno tidak akan membuat siasatan terhadap mana-mana kes dakwaan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa sepanjang persidangan perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti itu jika ia sudah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR), sudah selesai menjalankan siasatan terhadap sekurang-kurangnya tiga kes salah pengurusan dana awam yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2007.
KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) selesai menyiasat sebahagian besar daripada 82 kes rasuah, politik wang dan salah guna kuasa membabitkan semua parti politik, kata Pengarah Siasatannya, Datuk Mohd Shukri Abdull.
KAKITANGAN awam di negara ini sewajarnya bersyukur kerana kerajaan cukup prihatin terhadap nasib mereka. Sepanjang tahun ini saja, pelbagai insentif diberi kepada kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara. Selepas pengumuman mengenai lanjutan usia persaraan daripada 56 kepada 58 tahun pertengahan tahun ini, elaun sara hidup (Cola) dan bonus turut diberi, selain kebenaran kepada kakitangan tertentu bekerja sambilan dalam kegawatan ekonomi sekarang.
SHAH ALAM , 21 November Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak terhadap projek pembinaan dan pengurusan infrastruktur pelancongan DMuara Dorani Marine Park.
SEREMBAN: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Jempol yang didakwa memberi sogokan wang kepada pemimpin Puteri Umno bahagian itu supaya menyokong mereka pada pemilihan bulan lalu, menyerahkan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat kesahihan laporan berkenaan.
Recent comments
1 week 5 hours ago
1 week 1 day ago
1 week 1 day ago
2 weeks 13 hours ago
2 weeks 13 hours ago
2 weeks 13 hours ago
25 weeks 4 days ago
25 weeks 4 days ago
25 weeks 4 days ago
38 weeks 2 days ago