badan pencegah rasuah

Puspakom terus salur maklumat kepada BPR

KUALA LUMPUR: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan terus menjalinkan kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi memastikan pusat pemeriksaan kenderaan itu bebas daripada rasuah.

BPR sedia dakwa tiga ahli politik

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan memfailkan pendakwaan ke mahkamah terhadap sekurang-kurangnya tiga ahli politik berhubung kesalahan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa dalam masa terdekat.

Pakatan Rakyat Sokong BPR Jadi Badan Bebas

PETALING JAYA, 4 Disember Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya menyokong usaha memberi kekuatan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menjadi badan bebas.

Tiada siasatan kes politik wang ketika sidang Umno

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno tidak akan membuat siasatan terhadap mana-mana kes dakwaan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa sepanjang persidangan perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti itu jika ia sudah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Siasatan tiga kes salah urus dana awam selesai

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR), sudah selesai menjalankan siasatan terhadap sekurang-kurangnya tiga kes salah pengurusan dana awam yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2007.

Siasatan hampir selesai

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) selesai menyiasat sebahagian besar daripada 82 kes rasuah, politik wang dan salah guna kuasa membabitkan semua parti politik, kata Pengarah Siasatannya, Datuk Mohd Shukri Abdull.

PAC Selangor Minta BPR Siasat Marine Park

SHAH ALAM , 21 November Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak terhadap projek pembinaan dan pengurusan infrastruktur pelancongan DMuara Dorani Marine Park.

Exco dituduh rasuah rela disiasat BPR

SEREMBAN: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Jempol yang didakwa memberi sogokan wang kepada pemimpin Puteri Umno bahagian itu supaya menyokong mereka pada pemilihan bulan lalu, menyerahkan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat kesahihan laporan berkenaan.

Siasat agih projek untuk JKKK baru

IPOH: Pemuda Umno Perak meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri menyiasat penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki dalam pengagihan projek serta kerja penyelenggaraan di negeri ini.

Kakitangan kerajaan minta rasuah RM5,000 ditahan

KUCHING 30 Sept. - Seorang pegawai kerajaan negeri yang bertugas di Pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurus Sumber ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini kerana disyaki meminta wang rasuah RM5,000 untuk pencepatkan pemohonan kelulusan pelan projek.

Syndicate content