MUSIM persekolahan tahun ini nampaknya berlangsung tanpa sebarang kontroversi, terutama membabitkan keluhan ibu bapa yang sering kita dengar setiap awal tahun. Semuanya bermula dengan langkah Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah di seluruh negara bagi menangguhkan kutipan yuran sekolah dan pelbagai yuran lain sehingga April. Selain itu, langkah proaktif sekolah menyalurkan skim pinjaman buku teks kepada semua pelajar sebelum cuti persekolahan bermula November lalu menyebabkan urusan persekolahan yang biasanya kecoh pada awal tahun berjalan lancar.
TOKOH ulama Selangor yang dibicarakan ini adalah lanjutan daripada ruangan minggu lalu iaitu mengenai Kiai Muhammad Ali Qaribun. Beliau adalah ulama yang dikenali sebagai pelopor institusi pendidikan pondok di negeri Selangor. Perbicaraan mengenai tokoh ini adalah hasil kajian Ustaz Ahmad Shukri Ghazali, yang dibentangkan pada Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008 anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 22 November yang lalu, dengan judul Kiai Muhammad Ali Qaribun: Pengasas Awal Pondok di Selangor.
PROJEK Lebuhraya Selatan Luzon (SLEX), Filipina yang sedang dibangunkan MTD Capital Bhd, konglomerat Malaysia yang terbabit dalam pembinaan jalan raya dan prasarana, dijangkakan disiapkan lebih awal daripada jadualnya berikutan selesainya kerja fasa pertama menaik taraf lebuh raya itu.
Suasana di Jalur Gaza Palestina yang terus memburuk seiring dengan masuknya pasukan militer Israel di tanah yang didudukinya itu membuat solidaritas terhadap bangsa Palestina terus bergulir. Salah satunya adalah di penginapan tim Aju awal misi kemanusiaan dari Indonesia di Amman, Yordania.
KUANTAN 2 Jan. - Tidak sampai 24 jam peraturan pemakaian tali pinggang belakang dikuatkuasakan semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menyaman tujuh pesalah dalam operasi di seluruh negeri awal pagi semalam.
KUALA LIPIS 2 Jan. - Kira-kira 600 penumpang kereta api Ekspres Wau cemas apabila tiga buah gerabak dan lokomotifnya tergelincir selepas merempuh runtuhan tanah dari bukit berhampiran landasan itu di Kilometer 208, dekat Kerambit, di sini awal pagi ini.
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Sebuah premis yang menempatkan pusat servis tayar dan kedai agensi insurans musnah dalam kebakaran di Jalan Tiga, off Jalan Chan Sow Lin di sini awal pagi tadi.
KUANTAN 1 Jan. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberkas 56 orang dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru di beberapa hotel murah di sekitar bandar ini, awal pagi ini.
ARAU 1 Jan. - Kira-kira 100 mat rempit yang berlumba haram di susur keluar Kampung Kubang Paya, Lebuh raya Kuala Perlis-Changloon di sini terpaksa meredah sawah padi bagi melarikan diri daripada pasukan polis yang mengadakan operasi sempena sambutan tahun baru awal pagi ini.
Masa musim transfer pemain bulan Januari di Liga Utama Inggris resmi mulai dibuka hari ini dan ditutup awal Februari depan.
Recent comments
1 week 6 hours ago
1 week 1 day ago
1 week 1 day ago
2 weeks 13 hours ago
2 weeks 13 hours ago
2 weeks 14 hours ago
25 weeks 4 days ago
25 weeks 4 days ago
25 weeks 4 days ago
38 weeks 2 days ago