PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam menempelak Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana mengugut untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 25 November ini untuk keputusan permohonan bantahan awal Ketua Polis Negara (responden) terhadap permohonan habeas corpus pengendali dan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin bagi membebaskannya daripada ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
SHAH ALAM 22 Okt. - Permohonan pengendali dan editor laman blog, Malaysia Today , Raja Petra Raja Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam usaha membebaskan dirinya dan memohon pengisytiharan tahanan tersebut tidak sah di sisi undang-undang akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 7 November ini.
PUTRAJAYA 21 Okt. - Penahanan Setiausaha Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor Bahru, Cheng Lee Whee, 26, bukan dilakukan di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menetapkan 7 November ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan habeas corpus pengendali dan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bagi membebaskannya daripada ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Semua pihak diminta akur dengan keputusan kerajaan untuk tidak mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana keperluannya masih ada dan ia boleh dipakai pada waktu sekarang.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Majlis Peguam semalam terus menganjurkan “Kempen Mansuhkan ISA” bagi mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau mengkajinya semula.
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-55 yang berakhir semalam meluluskan tujuh resolusi termasuk mendesak kerajaan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
JERLUN 4 Okt. - Pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan pada perayaan Hari Raya Aidilfitri untuk mendesak kerajaan membebaskan lima pemimpin pertubuhan itu daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Hanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang boleh menentukan kedudukan lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Recent comments
1 week 6 hours ago
1 week 1 day ago
1 week 1 day ago
2 weeks 13 hours ago
2 weeks 14 hours ago
2 weeks 14 hours ago
25 weeks 4 days ago
25 weeks 4 days ago
25 weeks 4 days ago
38 weeks 2 days ago